Friday 28 September 2012

Arnab Polish



Breed Slogan: The Little Aristocrat
Scientific Name:  Oryctolagus cuniculus
Size:  3 pounds
Origin:  England
Life Expectancy:  5-8 years
Temperament:  active, friendly
Varieties:  black, blue, chocolate, blue-eyed white, ruby-eyed white  

Arnab Polish dikatakan berasal dari England tetapi asal usul sebenar baka tidak diketahui. Polish mula dipamerkan di England pada tahun 1884 dan kemudian diimport ke Amerika.
Ramai antara anda keliru antara arnab Polish dengan arnab Netherland Dwarf tetapi jika diperhatikan betul-betul terdapat banyak perbezaan yang boleh dikenal pasti. Arnab polish mempunyai jenis badan yang padat dan kecil seperti netherland dwarf tetapi apa yang membezakannya ialah bentuk kepala arnab polish seakan-akan kepala arnab Mini Rex tetapi saiz badannya lebih kurang sama atau besar sedikit daripada ND. Strukur kepala Polish tidak bulat jika dipandang dari semua arah manakala bentuk mukanya tidak seleper dari muka arnab ND. Jika kita lihat dari sudut pandangan atas, bentuk badan arnab Polish tirus dari pinggul je bahu. Telinganya tebal dan tegang serta menyentuh antara satu sama lain manakala matanya sedikit besar. Beratnya lebih kurang 1 hingga 1.5kg. Warna asal arnab ini ialah putih bermata rubi (rubi-eyed white) tetapi kini lebih banyak warna telah diiktiraf seperti spt hitam, biru, putih bermata biru (blue-eyed white), broken, coklat dan  sebagainya.
Ciri terbaik arnab ini adalah dari segi personaliti mereka. Walaupun mereka kecil, mereka adalah arnab yang sangat lemah lembut dan penyayang. Ada sesetengah pendapat mengatakan arnab ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tetapi saya katakan pendapat mereka sebenarnya salah. Mereka adalah haiwan yang sangat jinak dan baik dengan kanak-kanak kerana saya sendiri memeliharanya. Jika dibandingkan dengan Netherland Dwarf yang saya ada, arnab ini lebih jinak sama seperti Holland Lop cuma arnab Polish lebih aktif.

Reference sources: 
http://www.arba.net/district/8/am-7-11-ellyneddy.html
http://americanpolishrabbitclub.com/history.htm


blue polish 

chocolate polish

red-eyed white polish





No comments:

Post a Comment