Thursday 4 October 2012

Jenis badan Arnab

Salah satu cara yang paling popular untuk mengklasifikasikan baka arnab adalah mengikut jenis badan arnab. Malah kaedah ini juga digunakan oleh ARBA bagi menentukan ciri-ciri sesuatu baka.
Terdapat 5 jenis bentuk badan atau 'body style' arnab iaitu Compact, Commercial, Cylindrical, Full-Arch dan Semi-Arch. Kebanyakan baka arnab domestik akan mempunyai salah satu ciri-ciri bentuk badan tersebut.

1. Compact
Biasanya arnab kecil atau sederhana memiliki bentuk badan jenis padat (compact). badan mereka kelihatan bulat dan lebih padat. biasanya kedalaman bahu lebih rendah sedikit daripada pinggul.



  • American Fuzzy Lop 
  • English Angora
  • Standard Chinchilla
  • Dwarf Hotot
  • Dutch
  • Florida White
  • Havana
  • Holland Lop
  • Jersey Wooly
  • Lilac
  • Mini Lop
  • Mini Rex
  • Mini Satin 
  • Netherland Dwarf
  • Polish
  • Silver

2. Commercial
Arnab dalam kategori ini biasanya terdiri daripada arnab daging kerana mempunyai bentuk pinggang yang besar serta kadar pertumbuhan yang cepat. Jika anda serius mencari baka arnab daging, arnab New Zealand mungkin menjadi pertaruhan terbaik anda Walaubagaimanapun arnab Commercial tidak semestinya diternak kerana ingin mendapatkan daging sahaja, ada juga arnab Commercial dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

New Zealand


  • Angoras: French, Giant and Satin
  • Champagne D’Argent
  • Californian
  • Cinnamon
  • American Chinchilla
  • Crème D’Argent
  • French Lop (pictured)
  • Harlequin
  • Hotot
  • New Zealand
  • Palomino 
  • Rex
  • American Sable
  • Satin
  • Silver Fox
  • Silver Marten

3. Cylindrical
Hanya ada satu baka sahaja iaitu arnab Himalaya. Arnab jenis ini mempunyai badan yang berbentuk bulat dan panjang seperti silinder.

Himalaya


4. Full-Arch
Mempunyai bentuk badan melengkung dan seolah-olah kedudukan arnab ini sentiasa dalam keadaan peka kepada persekitaran. Ia mempunyai personaliti yang sangat bertenaga. Arnab ini mempunyai telinga yang lurus dan tegak. Full-Arch kelihatan seperti huruf "h" bermula dari bahagian atas kepala dan telinganya.

Britannia Petite



  • Belgian Hare
  • Britannia Petite
  • Checkered Giant
  • English Spot
  • Rhinelander
  • Tan 



5. Semi-Arch
Ramai antara anda keliru antara arnab Semi-Arch dengan arab Komersial kerana kedua-duanya mempunyai saiz yang besar tetapi sebenarnya banyak perbezaan dapat kita lihat jika diperhatikan betul-betul. Badan arnab Komersial menaik/melengkung bermula betul-betul dibelakang leher, manakala Semi-Arch melengkung selepas bahu (bentuk badan separuh melengkung). Arnab dalam kumpulan ini cenderung untuk menjadi besar dengan bahu dan pinggul yang tinggi.

Flemish Giant



  • American
  • Beveren
  • English Lop
  • Flemish Giant
  • Giant Chinchilla





No comments:

Post a Comment