Friday 5 October 2012

Jenis Bulu Arnab (Rabbit Fur)


rabbit fur chart

Setiap baka arnab mempunyai bulu yang berbeza. Menurut ARBA, arnab mempunyai 4 jenis bulu iaitu Rex, Satin, Wool dan Normal.

Rex
Bulu jenis rex ditemui pada baka arnab Rex dan Mini rex. Ia mempunyai bulu 'baldu' yang sangat lembut yang tidak terdapat pada baka arnab lain. Bulu ini juga mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan pakaian.

Satin
Bulu Satin ditemui pada baka arnab Satin dan Mini Satin yang baru diiktiraf oleh ARBA. Tekstur bulunya lebih kurang sama dengan bulu biasa tetapi mempunyai penampilan bulu yang lebih lembut dan berkilat. Pada asalnya ia diternak bagi meningkatkan warna coklat dalam baka Havana tetapi berubah secara tidak sengaja berubah menjadi bulu yang lebih berkilat.

Wool
Bulu jenis Wool (berbulu) ditemui pada baka Angora serta Wooley Jersey. Terpadat 6 baka yang diklasifikasikan sebagai jenis Wool. Ia mempunyai bulu yang tebal dan seolah-olah kelihatan seperti biri-biri.

Normal
Bulu Normal (biasa) paling banyak didapati dalam baka arnab. Dari 47 baka yang diiktiraf, terdapat lebih daripada 35 mempunyai tekstur bulu biasa. Bulu biasa mempunyai tekstur bulu yang lembut dan pendek.  Mengikut standard ARBA, bulu biasa ini mempunyai 2 jenis iaitu 'Flyback' dan 'Rollback'.

Flyback
Kebiasaannya kita mengosok arnab bermula dari bahagian atas kepala hingga belakang tapi bagi mengetahui samada arnab anda mempunyai jenis bulu flyback atau rollback cuba usap/gosok arnab berlawanan arah iaitu bermula dari belakang. Bulu 'Flyback' sepatutnya kembali tersusun seperti asal dengan serta-merta selepas digosok.
Baka yang mempunyai bulu jenis flyback; New Zealand, Californian, Dutch, Polish, Palomino, Silver, American, Cinnamon, Havana, English Lop, French Lop, Himalayan, Harlequin, Tan, Belgian Hare, English Spot, Florida White, Rhinelander, Silver Marten, Giant Chinchilla, Britannia Petite, Checkered Giant, Champagne and Creme D’ Argent

Rollback
Manakala bulu 'Rollback' akan berdiri lebih lama dan kembali perlahan-lahan ke tempat asal jika digosok berlawanan arah.
Baka yang mempunyai bulu jenis rollback; Satin, Lilac, Hotot, Mini Lop, Flemish Giant, Beveren, American Sable, Dwarf Hotot, Holland Lop, Netherland Dwarf, Silver Fox, American and Standard Chinchilla

No comments:

Post a Comment